Saturday, December 20, 2008
NEW SEM WILL BEGIN ON JAN 3
Posted by moha.m at 12/20/2008 10:20:00 AM 18 comments
Friday, December 12, 2008
RESULT FOR THIS SEM
Salam to all members...
Posted by moha.m at 12/12/2008 10:50:00 PM 5 comments
Saturday, December 6, 2008
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA daripada kami semua...
Kepada yang balik kampung tu, pandulah berhati-hati, ingat pada yang tersayang...anda mampu mengubahnya, walaupun kita percaya pada Qada dan Qadar...setiap kejadian itu ada sebab musababnya...oleh itu, jika sebab musabab itu di bawah kawalan kita, berusahalah kepada yang terbaik...
Jangan jadikan hari perayaan yang sepatutnya disambut meriah kepada kesedihan dengan linangan air mata orang yang menyayangi dan mengenali kita...Perayaan korban bermaksud menyembelih binatang tertentu dengan niat untuk beramal kepada Allah s.w.t. Oleh itu, jangan jadikan korban jalanraya sebagai amalan yang menghantui kita semua bila tiba pada setiap musim perayaan...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA DAN PANDU CERMAT JIWA SELAMAT
Posted by moha.m at 12/06/2008 02:18:00 PM 8 comments
Friday, November 21, 2008
HRM Class's Activity
This is our HRM class. Our class was divided into six groups. Every group consists of 3 members except group 6 which is only two. Presentation of case application is become weekly activity. Every group is given a topic a week prior to presentation date. Have a look at these photos....
Kak Amy talking entah apa2...cam serius jer topic tu...
Anyway, this is very attractive and funny discussion. The experience we developed here was more important than input!!!
Posted by moha.m at 11/21/2008 12:24:00 PM 4 comments
Friday, November 7, 2008
LAPORAN PERLAWANAN FUTSAL PERTAMA 4/11/2008
Oleh: Ahmad Hasnizan Mohd Nor
Laporan ini ditulis tatkala assignment tak dibuat lagi, baik yang individu mahupun yang berkumpulan.
Idea bermain futsal sesama classmate dah lama dibual-bualkan tetapi cuma menjadi realiti pada pertengahan subjek yang ketiga iaitu HRM. Mungkin kerana tahap stress dan lenguh-lenguh yang tinggi akibat tempoh lecture yang menjangkau lebih 12 jam pada Ahad 2 November 2008 lepas menyebabkan idea bermain futsal jadi lebih menarik.
Dipendekkan cerita, amanah sebagai pengurus pasukan dipikul dengan baik oleh En. Nafidz sebagaimana ditunjukkan dengan menempah padang futsal dengan kadar segera. Sebaran SMS lantas dibuat untuk memastikan kehadiran memuaskan. Nama tok penghulu juga digunakan untuk menakut-nakutkan para pemain supaya hadir pada malam tersebut.
En. Nafidz memang pengurus pasukan yang baik. Selain menempah padang, beliau juga pemain yang pertama hadir, tatkala hujan renyai-renyai menyirami seluruh kuantan. Kemudian disusuli penulis dan En. Azman.
Kami bertiga pun menendang-nendang dengan kudrat stamina yang terhad sambil menanti kehadiran pemain lain. Masa dah hampir 20 minit berlalu tetapi kelibat orang lain masih tinggal harapan, sehinggalah tok penghulu datang berseluar slack, tersengih bersimpul-simpul, perasan hensem sambil mengadu tidak mempunyai kasut futsal. Tetapi tok penghulu tetap menyertai kumpulan, bermain dengan penuh semangat untuk menunjuk teladan terbaik. Dari riak di muka Azman, Sulaiman dan Hilal, jelas terpapar bahawa mereka bangga juga ada tok penghulu begini.
Permainan hanya bermula kira-kira 30 minit dari masa sepatutnya selepas kawan En. Nafidz (lupa nama) datang meramaikan suasana. En. Sulaiman, En. Hilal dan En. Rosli menyusul tak lama kemudian. En. Hafiz sampai setelah perlawanan berakhir dan dipaksa secara brutal oleh tok penghulu untuk menyumbang RM5 kepada pasukan. Pemain lain membayar RM13 seorang.
Tak banyak aksi menarik sepanjang perlawanan memandangkan penyertaan yang kurang memberangsangkan telah memaksa permainan dijalankan tanpa penjaga gol dan mensasarkan tiang sahaja. Majoriti pemain telah lama pencen atau lama tak sentuh bola menyebabkan tempo permainan kerap terganggu dengan pemain keluar berehat meneguk air dan merayu nyawa. En. Nafidz jelas cemerlang dalam permainan. Mungkin factor umur dan status bujang memainkan peranan. Setidak-tidaknya itulah alasan terbaik bagi yang kurang cemerlang.
Walaubagaimanapun, semua berjalan lancar dan menggembirakan semua yang datang. Contohnya pengorbanan En. Hilal yang membawa keluarga, En Hafiz yang belum balik ke rumah walaupun dah pukul 10 malam, En. Nafidz yang mengurus kelancaran acara, tok penghulu yang berusaha keras menunjuk teladan dan En. Azman yang bersemangat tinggi membalut kedua kaki seperti menghadapi piala dunia adalah manifestasi semangat membara para pemain pada malam tersebut. Untuk penganjuran kali pertama, ini boleh dikira pencapaian memuaskan.
Selesai permainan, 5 pemain termasuk penulis menyertai acara yamseng di kedai Zuzana Indera Mahkota. Tak ingat siapa yang belanja, tapi rasanya En. Hafiz kot sebab beliau order minuman tongkat ali bergelas-gelas. Untuk cover, katanya untuk menambah semula tenaga walaupun dia tak bermain pun pada malam tersebut. Sepanjang acara yamseng, tok penghulu membentangkan pelan-pelan akan datang sambil diiyakan oleh kami para ‘yes man’.
AkhirulKalam, segalanya baik dan ada sinar di hujung terowong untuk penganjuran akan datang. Kehadiran En. Wan sangat didambakan oleh semua yang lain kerana reputasi kejurulatihan bolasepak beliau. Begitu juga kehadiran mereka yang tiada pada malam tersebut sangat dirasai oleh tok penghulu yang tak putus-putus mencari formula menjayakan acara akan datang.
Semoga bertemu lagi.
Posted by moha.m at 11/07/2008 04:09:00 PM 11 comments
Monday, November 3, 2008
MBA Uitm Pahang Group 08/10
Behind (from left): Azman and, Ahmad
Programme Coordinator: Assoc. Prof. Tn. Hj. Razali
Posted by moha.m at 11/03/2008 09:18:00 AM 4 comments
Saturday, November 1, 2008
Welcome Address From 'Penghulu'
Assalamualaikum wbt.
Well, now we're entering another level of study which we've to support for each other. Master study is not the same like doing first degree which is based on exam oriented, but in master, we've to share our knowledge in order to expand our capability to analyse before making any decision.
Ironically, MBA by coursework means 'mari buat assignment', so we suppose to make ourselves ready to any assignment given by lecturers. But, when we work as a team, hopefully, we shouldn't face any big problem and this is the most prominent culture we will learn from MBA. This culture will provide us competitive advantage when holding higher position at our organization. Insyaallah.
Therefore, I as 'penghulu' for our batch as was bestowed by all of you want to stress here that we shouldn't ever being selfish to finish the study. Positive competition among us is good but we've also to build strong relationship to help each other.
Our desire to get MBA will grow till the end of the study and should have strong desire to do DBA/PhD...hahahaaa....
Wassalam.
From:
Saiful Adli Abu Bakar
MBA (08/10)
UiTM Campus Kuantan.
Posted by moha.m at 11/01/2008 09:19:00 AM 4 comments