Friday, July 3, 2009

What do you want?


Apakah benda di dalam dunia ini yang paling kita inginkan? Duit? Kebahagiaan? Penghormatan orang lain? Setiap makhluk atas bumi ini akan ada benda atau perkara yang paling diinginkan. Jika berdasarkan Dr Hannibal Lecter dalam filem "Silence of the Lamb", perkara yang paling diinginkan sebenarnya ialah perkara yang selalu kita lihat.

Mengikut Sigmund Freud, perkara yang paling diinginkan oleh manusia ini tidak akan lari dari 3 motivasi dalaman iaitu id, ego dan super ego. Id adalah satu keinginan yang tidak memikirkan apa pun kesan dari keinginan tersebut. Super ego pula ialah satu pemahaman moral melampau terhadap sesuatu keinginan. Manakala ego pula ialah reaksi tindak balas pengimbangan antara id dan super ego. Contohnya, apabila A inginkan sesuatu, id akan bertindak sebagai pemangkin yang kuat untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Sebagai tindak balas, super ego akan cuba membataskan keinginan tersebut. Pertentangan ini akan menyebabkan ego memberikan penjelasan samada terdapat kepentingan atau tidak sebagai jalan tengah.

Setiap orang ada id, ego, dan super ego. Cuma mana yang lebih, bergantung kepada kuasa rasional yang dimiliki.


Hambamaya: Puasa itu, adalah satu cara mengawal diri..

1 comments:

balok said...

good comment. my opinion - whatever people said is their opinion. we are what we are and never think of id or ego or ...anything yg sewaktu dgnnya. To be among the best we should have our confidence and the level of confidence should be as higher as we can. Anak bapak boleh....For me if I could choose, I willchoose everything.duit....yesss, kebahgiaan...yesss...and penghormatan....jugak yesss. cuma satujer...nak satu lagi tu.....I'have to think thousand of time b'cozz bini tak takut aku..

all the best ..wassalam & slmt berpuasa